Friday, December 18, 2009

Gambar artis di Malaysia International Fashion Week 2009 (MIFW)

gambar diana danielle dan fasha sandha di mifw 2009Malaysia International Fashion Week (MIFW) baru sahaja melabuhkan tirainya pada 8 november yang lalu. Acara tersebut berlansung selama 5 hari dari 4 november sehinggalah 8 november 2009 di Pavilion Kuala Lumpur. Acara yang menampilkan pelbagai rekaan fashion terkenal tanah air telah berjaya membawa 100 pereka fesyen setempat dan serantau.

Antaranya ialah pereka fashion tersohor yang terbabit ialah Datuk Tom Abang Saufi, Butik Kapas Couture, Bon Zainal, Syaiful Baharim, Embun, Rahman Saif dan Andy Sulaiman serta Aaron Von Jolly. Tidak terlupa juga muka baru di arena fesyen tempatan seperti Hatta Dolmat, Jasmi Rejab, Amir Luqman, Rizman Ruzaini, Aidawati Saidin, Hazwani, Zery Zamry dan Nurita Harith serta dua pereka Kraftangan Malaysia iaitu Rozie dan Nazari Maarus.

Dengan kelengkapan dan persiapan pentas yang mewah, kejayaan acara terunggul itu turut disempurnakan dengan menampilkan persembahan hebat daripada artis-artis dan kehadiran 30 selebriti serta lebih 60 peragawati memeriahkan lagi acara Malaysia International Fashion Week 2009 (MIFW).Diantara artis yang hadir ialah Nora Danish, Diana Danielle, Fasha Sandha, Anita Sarawak, Juliana Evans, Tunku Tiara Yasmin Sofia, Irma, Fazura, Liyana Jasmay, Fizo Omar, Elyana, Intan Ladyana, Sheila oim, Camelia, Amber Chia, Zahida Rafik dan ramai lagi.

Bagi pegunjung MyGosip yang tidak sempat menghadiri Malaysia International Fashion Week 2009 (MIFW) di Pavilion, kami ada selitkan gambar-gambar artis yang terlibat pada hari yang bersejarah itu. gambar disediakan oleh Sam Kassim, jom kita layan gambar artis kita yang bergaya sakan ni...
gambar anita sarawak di MIFW 2009
gambar diana danielle di MIFW 2009
gambar elyana di MIFW 2009
gambar fasha sandha di MIFW 2009
gambar fizo omar di MIFW 2009
gambar artis terkini malaysia
gambar intan ladyana di MIFW 2009
gambar juliana evans di MIFW 2009
gambar liyana jasmay di MIFW 2009
gambar nora danish di MIFW 2009
gambar sheila oim di MIFW 2009
gambar the fabulous cat di MIFW 2009
gambar tunku tiara yasmin sofia di MIFW 2009
gambar tunku tiara di MIFW 2009
gambar zahida rafik seksi di MIFW 2009
gambar camelia di MIFW 2009
gambar amber chia di MIFW 2009

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Gambar.mygosip.com Under Most Wanted Malaysian Entertainment Weblog MyGosip.com
All Images And Article Fall Under creativecommons Licenses