Showing posts with label lisa surihani. Show all posts
Showing posts with label lisa surihani. Show all posts

Friday, December 18, 2009

Gambar Artis Lisa Surihani di belakang tabir film Zoo

lisa surihani dalam belakang tabir filem zooLisa Surihani yang baru sahaja habis shooting filem Zoo arahan Azhari Zain yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.. filem yang bergenre komedi ni pasti ditunggu oleh ramai peminat setia Lisa Surihani kan.. Tak sabar rasanya nak tengok bagaimana Lisa Surihani berlakon dalam filem komedi pulak kan..

Sementara kita menunggu kemunculan filem zoo ni, kami ada selitkan gambar Lisa Surihani yang dimakeupkan oleh Dila Ramli semasa pengambaran filem zoo ni berlangsung.. selain itu kami juga ada menyediakan sinopsis filem zoo ni jugak.. Jom kita layan...
lisa surihani dalam belakang tabir filem zoo
lisa surihani dalam belakang tabir filem zoo
lisa surihani dalam belakang tabir filem zoopelakon:
Lisa Surihani
Azli senario
Lan Pet Pet
Bob Lokman
Angah Raja Lawak

SINOPSIS FILEM ZOO LAKONAN LAN PET PET DAN LISA SURIHANI
Zoo merupakan sebuah filem komedi fantasi. Ia mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang ‘gila-gila’ membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja.

Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan zoo, Lan secara tidak sengaja telah menyertai satu sesi temuduga yang dikendalikan pengurus zoo, Encik Din. Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itulah bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan. Lan telah diperkenalkan kepada seorang pekerja di situ iaitu Shila.

Menurut Shila, ramal pengawal di zoo telah lari selepas semalaman bekerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Lan yang mendengar cerita daripada Shila bukan sahaja tidak mempercayainya malah telah mentertawalkannya. Pelbagai insiden lucu berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut.

Lan sendiri melihat haiwan-haiwan seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan. Lan demam keesokan harinya. Lan menceritakan perkara itu kepada Shila dan Encik Din tetapi mereka tidak mempercayainya. Begitu juga dengan Encik Osman yang turut bekerja di zoo tidak mempercayai kata-kata Lan.

Osman pula pandai membodek Encik Din dan berlagak seperti pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Pada suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan eksotik.

Osman yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Lan bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut. Encik Din yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberikan surat amaran kepada Lan. Lan telah meminta pertolongan haiwan-haiwan tersebut untuk membuktikannya tidak bersalah.

Menerusi siasatan yang dibuat oleh Lan dan haiwan-haiwan di zoo, mereka mendapati sindiket diketuai oleh Rain dan dibantu oleh Bad telah menyeludup haiwan-haiwan itu keluar dengan bantuan orang dalaman. Lan telah menamakan beberapa suspek yang dicurigai tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Selang beberapa hari, zoo menjadi lebih kecoh apabila lebih banyak haiwan telah dicuri.
Continue Read This Gosip Artis »

Gambar Artis Lisa Surihani seksi berseluar pendek

lisa surihani seksi berseluar pendek wah! seksinya Lisa Surihani dalam gambar peribadi dia ni.. berseluar pendek je lisa ni... ni mesti baru bangun tidur kan...

walaupun Lisa Surihani macam baru bangun tidur, dia tetap cute, dan yang paling penting seksi!.. ala... seksi time tidur, apa salahnya kan? paling kuat pun nyamuk je yang gigit.. kalau seksi kat tempat awam bahaya!.. nanti ada je nyamuk spesis lain yang nak mengigit. dah kena plak virus baru, selsema nyamuk..

yang pelik plak kat Lisa Surihani ni tang bawah je seksi, tang atas tutup semuanya, sekali kepala-kepala dia tutup.. bagus la tu... mungkin dah sampai seru sikit-sikit nak bertudung ni...

apa-apa pun, korang layan la gambar Lisa Surihani ni..





lisa surihani dalam kereta
Lisa Surihani kat dalam kereta pulak!
Continue Read This Gosip Artis »

Gambar Artis Lisa Surihani bertudung

Gambar Lisa Surihani Bertudungsungguh ayu Lisa Surihani apabila beliau bertudung. Nampak perbezaanya apabila Lisa Surihani bertudung kan. kami berharap yang Lisa Surihani akan kekal bertudung, bukan hanya ketika sessi pengambaran sahaja.

kami juga faham jika Lisa Surihani belum bersedia bertudung, memandangkan job lisa sekarang lebih banyak memerlukan lisa free hair, Tapi percaya lah, walaupun Lisa Surihani bertudung, dia tetap ada job yang sesuai.

Korang tengok lah sendiri perbezaan Lisa Surihani bertudung dan tidak bertudung.
Continue Read This Gosip Artis »
 

Copyright 2009 All Rights Reserved Gambar.mygosip.com Under Most Wanted Malaysian Entertainment Weblog MyGosip.com
All Images And Article Fall Under creativecommons Licenses