Friday, December 18, 2009

Gambar Artis Scha Alyahya dibelakang tabir Papadom

farid kamil dan scha alyahyaScha Alyahya yang melakonkan watak Shasha didalam film Papadom nampaknya kali ini hanya memegang watak tempelan sahaja. Watak scha kali ini menjadi seorang senior universiti yang agak gedik. kalau nak tahu macam mana scha berlakon dalam film Papadom, tonton la sendiri dipawagam sementara masih ada..

Disini kami ada menyediakan gambar dibelakang tabir Scha Alyahya bersama-sama rakan artis yang menjayakan film Papadom ini.. Jom kita layan gambar scha yang comel ni...
scha didalam papadom
Sinopsis Filem PapaDom:
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.
perlakon papadom
scha farid kamil liyana jasmay
pelakon papadom
scha dan Chelsia Ng
Scha Alyahya

1 comments:

jura said...

wow korek pa 2????

Post a Comment

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Gambar.mygosip.com Under Most Wanted Malaysian Entertainment Weblog MyGosip.com
All Images And Article Fall Under creativecommons Licenses