Friday, December 18, 2009

Gambar Artis Chelsia Ng dibelakang tabir Papadom

Chelsia Ng dan liyana jasmayChelsia Ng nama yang mungkin agak baru bagi sesetengah pihak, tapi sebenarnya Chelsia Ng sudahpun berlakon beberapa buah filem sebelum ini, diantaranya setem, sepi, salon dan beberapa rancangan televisyen seperti Katarsis, Kerana Karina 3, Ampang Medikal 1 & 2, Kerana Karina 2, Her Many Faces, Kerana Karina, Tentangan, Realiti, Kopitiam, Homecoming, Sketches, Ah-Ha, Cinta Tak Bertepi, Tin Gei Bin, Mat Dom Teksi dan Fallen Angel.

Kali ini Chelsia Ng berlakon didalam filem Papadom arahan Afdlin Shauki dengan memegang watak Yvonne yang jugak sahabat baik Miasara (liyana jasmay). Kami juga ada menyelitkan gambar Chelsia Ng disebalik tabir semasa pembikinan filem Papadom ini dilakukan. Jom kita layan gambar Chelsia Ng ni..
Chelsia Ng dan pelakon papadom
gambar Chelsia Ng
Chelsia Ng dan liyana jasmay sekolah
Chelsia Ng dan liyana jasmay di set papadom
Chelsia Ng dan liyana jasmay di set papadom
Chelsia Ng dan Noorkhiriah
Chelsia Ng dan liyana jasmay in papadom
Chelsia Ng image
Chelsia Ng dan afdlin shauki
Sinopsis Filem PapaDom:
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Gambar.mygosip.com Under Most Wanted Malaysian Entertainment Weblog MyGosip.com
All Images And Article Fall Under creativecommons Licenses

StatCounter - Free Web Tracker and Counter